Sunday, July 13, 2014

Viva forever :)

Salam all. Alhamdulillah akhirnya saya telah melepasi viva-voce PhD saya pada tarikh 180614. Alhamdulillah tesis saya lulus dengan minor correction. Terima kasih diucapkan kepada supervisor saya Dr Muhammad Sabri Sahrir atas tunjuk ajar, teguran dan bimbingan sepanjang beradanya saya di bawah penyeliaan beliau. Tidak lupa juga buat ibu bapa yang banyak memberi semangat dan doa. Saya turut berterima kasih kepada isteri dan anak-anak yang menjadi tunggak dan pemangkin kepada usaha saya menyiapkan penulisan tesis ini. Jutaan penghargaan juga buat Internal Examiner saya AP Dr Akmal Khuzairy dan External Examiner saya iaitu AP Dr Janudin Sardi dan AP Dr Muhammad Seman. Sekarang tengah struggle untuk siapkan correction dan format sebelum pergi ke proses binding. Moga-moga diberi rezeki untuk konvo tahun ni. Ameen....


3 comments:

rendrazaleigh. said...

Salaam Ustaz :)

Tahniah, lepas ni nak kena panggil dr ke? hehehe.

Azizul

Nurkhamimi Zainuddin said...

Waalaikumussalam. Terpulangla Azizul, nak panggil macam dulu pun ok, haha. Terima kasih ye selalu doakan ustaz. Kirim salam kawan2. Awak dah grad dah kan?

rendrazaleigh. said...

Dah :), Alhamdulillah. Bulan 9 nanti saya masuk sekolah balik :)